سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Suatu pagi di tapak roll call,
" Assalamu'alaikaum, lama tak nampak, eh ko tau tak Wafa' kawan baik ko tu, dapat SBPIKP tau. Eh ko tau ke belum. Aq saja bagitau sebab masa ko tak ada dia dapat tawaran tu."
" Wa'alaikumussalam, ya Allah alhamdulillah. Syukran ya bagitau. Baru ja tahu ni. Mesti Wafa' gembirakan. Dia memang layak pun dapat sana."
Saat saya terima berita khabar angin yang disampaikan oleh sahabat lain, perasaan ni happy, gembira, farh sangat-sangat sebab cita-cita Wafa' tercapai. Sahabat mana yang tak gembira tengok sahabat yang dia sayang berjaya.
Di dalam kelas,
" Wafa' tahniah!!! Dah tahu dah. Syukur alhamdulillah."
" Terima kasih. Doakan yang terbaik juga. Berkat doa teman sejati jugak."
Tapi dalam kegembiraan itu sebenarnya terselit berbagai-bagai perasaan. Tak tahu nak kata bagaimana, terkadang sedih bertandang disebalik senyuman tawar. Bukan sedih kerana tidak mendapat tawaran mana-mana, tetapi sedih bila pikirkan tiada lagi orang sebaik dan setabah dia disisi.
Dialah orang yang cukup sabar melayani sikap saya hari-hari. Walaupun sebesar gunung masalah dibawa saya, tetapi sekecil zarah pun tidak pernah dia balas, malah tetap melayani saya dengan begitu baik sekali.
Hari berganti hari,
Minit berganti minit,
Saat berganti saat,
Detik berganti detik,
Itulah saat yang mendebarkan bagi saya.
Kehilangan seorang sahabat memang memeritkan. Tambahan pulak dialah sahabat sejati yang sentiasa ada di samping kita ketika kita memerlukan. Dialah insan yg sanggup menemani kita ketika kita suka dan duka. Dialah yg selalu menasihati kita ketika diri ini jauh dari MAHA PENCIPTA.
LIFE ENDS WHEN UR STOP DREAMING,
HOPE ENDS WHEN UR STOP BELIEVING,
LOVE ENDS WHEN UR STOP CRYING,
FRIENDSHIP ENDS WHEN UR STOP SHARING~~~~
terima kasih kad terakhir dengan kata-kata ini
tinggal kenangan~~~~
Allah gambarkan suasana ini dalam firmanNya :
“….dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa.”
(Az-Zukhruf: 67)
Awak yang sudah jadi orang kedah la ni (ketika ini), kenang daku dalam setiap tahjudmu ya.....
Pengorbananmu dan kerelaan hatimu melayan setiap kerenahku akan diingat walaupun engkau jauh beribu batu....
Ketahuilah bahawa engkaulah teman dan sahabat sejati yg tiada gantinya.....
Saya benar-benar bersyukur kerana dikurniakan kesempatan untuk mengenali mu~~~~
Jangan lupa saya disini.
Jangan lupa kenangan manis pahit kita.
Jangan lupa doakan saya selalu.
Jangan lupa ukhwah yang kita bina kerana Allah.
Terima kasih atas semuanya,
Saya akan simpan semua surat tarbiyah yang awak kasi dulu elok-elok.
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA