Ukhwah Fillah


سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم



Acapkali kita dengar atau lihat text-text atau ucapan ringkas, salam ukhwah....dalam bahasa mudahnya ukhwah adalah persaudaraan.Pernah dengar ukhwah islamiyah dan ukhwah jahiliyah?Macammana terbentuknya ukhwah ini?

Menurut Imam Hassan Al-Banna, ukhwah islamiyah adalah ikatan jiwa antara satu sama lain yang mempertautkan ikatan aqidah islam,iman dan taqwa dimana lahirnya perasaan kasih sayang,cinta,penghormatan terhadap setiap orang yang berukhwah.MashaAllah,mendalamkan makna ukhwah.

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)

Ukhwah islamiyah bersifat abadi dan universal kerana berdasarkan aqidah dan syariat islam,lain pula ceritanya dengan ukhwah jahiliyah.Ukhwah jahiliyah sifatnya temporori atau sementara,orang yang berukhwah terbatas pada suatu tempat atau masa iaitu ikatan selain daripada ikatan aqidah.Misalnya,dalam bahasa mudah,berkawan atas dasar tertentu,hanya berta'ruf atas keperluan peribadi.naudzubillahi min dzalik.

Ukhwah islamiyah ni terbentuk atas dasar persahabatan.Bersahabat kerana Allah.Berkasih kerana Allah.Bertemu dan berpisah kerana Allah.Maknanya kita bukanlah bersahabat kerana dia cantik atau pandai,genius,kaya raya,berharta dan sebagainya.Ukhwah islamiyah ni,apabila kita bersahabat dengan sahabat yang baik-baik.Ye la namapun bersahabat kerana Allah.Tapi yang biasa-biasa,ala kawan-kawan biasakan ramai, itu kita panggil ukhwah ja. 

Susahkah nak sampai tahap ukhwah islamiyah? 
Senang ja,carilah kawan-kawan yang mampu jadi sahabat kita.Apa bezanya?Sahabat ni sentiasa ada masa kita susah dan senang,bila kita jauh dari jalan redha Allah,dia yang ingatkan kita.Nak sampai level ukhwah islamiyah,ukhwah fillah ni,ada kretiria-kretiria untuk kita cari sahabat sejati.Tapi untuk dapatkan yang terbaik kita juga mesti jadi yang terbaik.

Macammna nak menguatkan ukhwah yang terbina? Syaitan ni licik,baru dicucuk dengan jarum, robohlah ukhwah yang terbina jika tidak disuburkan.Hatta pokok bunga pon,jika tidak disiram akan layu dan mati,inikan manusia yang dibolak balikkan hatinya.Iman pun tak constant,sekejap naik sekejap turun.
Contohnya,kita sentiasa mendoakan sahabat kita walaupun berpisah beribu batu.Apabila bertemu,berjabat tangan,senyum dan berpelukan untuk mengekspresi kegembiraan dan keterujaan kita.Sering bersilaturrahim dengannya dengan ziarah-menziarahi.Memberinya hadiah pada hari lahirnya,atau apabila dia peroleh kejayaan.Saling nasihat-menasihati keranaNya,manusiakan mudah alpa sebab tula perlu sentiasa motivate diri dengan kata-kata hikmah dan tazkirah bermanfaat.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Hak seorang muslim keatas muslim yang lain ada 6 perkara
  1. apabila engkau bertemu dengannya hendaklah memberi salam
  2. apabila dia menjemputmu,maka penuhilah jemputan itu
  3. apabila dia meminta nasihat,hendaklah engkau menberi nasihat kepadanya
  4. apabila dia bersin dan bertahmid,hendaklah engkau lengkapkannya dengan bertasymit
  5. apabila dia sakit,hendaklah engkau menziarahinya
  6. apabila dia meninggal,hendaklah engkau mengiringi jenazahnya" (hadis riwayat muslim)
Dalam berukhwah ada 3 peringkat:
  1. salamatus sodri (berlapang dada)
  2. al-musawah (sama rata)
  3. ithar (melebihkan sahabat berbanding keperluan sendiri)

Mesti dalam berukhwah kita mengharapkan yang terbaik,macam tu jugalah saya,tak terlepas dari perasaan itu.Seperti akhrabnya persahabatan rasulullah s.a.w dengan Saidina Abu Bakar.
Dalam perjalanan hijrah ke madinah, Rasulullah s.a.w.dan Abu Bakar r.a. bersembunyi di gua tsur. Nabi tidak terbiasa menaiki tempat seperti itu,yang dihimpit bebatuan runcing dan tajam, sedangkan beliau tidak beralas kaki. Kaki beliau menuntunya hingga mulut gua. Nabi akan masuk, namun Abu Bakar mencegahnya dan berkata,”Jangalah engkau masuk hingga aku masuk terlebih dahulu!”
Abu Bakar r.a. pun masuk dan meraba-raba rongganya. Ia mendapati tiga lubang kecil. Digunanya kain untuk menutupi satu lubang,sedangkan dua lubang yang lain ia tutup dengan kedua kakinya,khawatir jika lubang itu adalah sarang binatang berbisa yang berbahaya. Lalu ia mengundang Rasulullah s.a.w. untuk masuk. Beliau pun masuk. Kerana sangat letih, beliau meletakkan kepalanya dipaha Abu Bakar,lalu tertidur.
Kekhuwatiran Abu Bakar ternyata terbukti, disalah satu lubang yang ditutup dengan kakinya terdapat ular berbisa. Kaki Abu Bakar pun dipatuknya. Dalam keadaan demikian, ia tidak mungkin menarik kakinya, agar ular itu tidak keluar dari tempatnya dan tidak membangunkan Rasulullah s.a.w. yang tertidur di pahanya. Akan tetapi, rasa sakit Abu Bakar makin menjadi-jadi, sehingga membuatnya tidak tahan. Air mata kesakitan pun jatuh dan menetes di wajah Rasulullah s.a.w. beliau terkejut dan bangun.
“Ada apa,wahai Abu Bakar?” Tanya Rasulullah s.a.w.
“Aku dipatuk ular,wahai Rasulullah,”jawabnya.
Maka rasulullah segera mengubati luka patukan itu hingga sembuh.
Ketika siang menjelang, cahaya pun masuk ke gua. Rasulullah menyaksikan Abu Bakar tidak lagi memakai baju yang dikenakannya ketika dijalan. Ketika ditanya, Abu Bakar menceritakan bagaimana duduk persoalannya, bahwa baju itu telah digunanya untuk menutup lubang di dalam gua.
Serta merta Rasulullah Saw. mengangkat tangan beliau sambil berdoa,”Ya Allah, jadikan Abu Bakar sederajat denganku di akhir kiamat.”



Dengan berukhwah kita pasti dapat merasakan lazatnya halawatul iman.Mendapat perlindungan Allah yakni termasuk 7 golongan yang dilindungi.Juga mendapat tempat khusus di syurga.

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari da Muslim

Macammana pula jika muslimin-muslimat melafazkan 'salam ukhwah,ukhwah fillah abadan abada'? Wujudkah ukhwah antara muslimin muslimat.
Wujud....tetapi rasanya jika terjumpa post-post seperti itu di laman sosial rasanya itu permulaan cinta cintun.

Jangan ditampalkan kalimah sesuci ukhwah sebagai tiket untuk menempah jalan berliku kearah kemaksiatan.Ukhwah antara ajnabi hanya wujud atas dasar kerja dan keperluan untuk mengerakkan satu gerak kerja mentarbiyah.

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (QS Al-Anfal : 63)


"Terima kasih Ya Allah kerana engkau menghadirkanku sahabat-sahabat yang terbaik,yang sentiasa bersamaku menuju jalan keredhaanmu.Kau tetapkanlah hati kami untuk saling mengasihi keranaMu,kau jadikanlah ukhwah kami ini hanya keranaMu dan mendapat syafaat di akhirat kelak dengan ukhwah ini'
-ameen-

والله اعلم




No comments:

Post a Comment