سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
![]() |
INTIM, IPOH |
Tidak tahulah mengapa saya memilih untuk membuka cerita ini kembali. Mungkin mampu mengubat hati apabila menyimpan memori di blog.takut nak kata share sebab takut tidak ada orang sudi baca.hihi. Harapnya ada nilai yang mampu dikorek dan dikongsi pengajarannya. InsyaAllah.
Kalau zaman peperiksaan percubaan SPM tahun lepas heboh dengan program persijilan Darul Quran, tetapi saya buat endah tidak endah sahaja, mungkin minat itu ada tetapi bebekalkan keputusan percubaan yang cuma 6A5? itu telah membuatkan saya rasa seperti tidak layak untuk cuba mengisi borang.
Setelah mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang itu, saya masih mencuba untuk memohon program diploma Darul Quran. Sekadar seronok-seronok memohon, mengisi borang online sekadar bersahaja.Sehinggalah rakan saya menyuruh saya menyemak kelayakan temuduga. Oh saat itu betapa terkejutnya kerana merasakan diri selama ini tidak layak untuk dipilih temuduga akhirnya terpilih jua.
Agak teruja mengetahui dapat tempat dan tarikh temuduga yang sama dengan rakan saya itu.
Saya menyiapkan diri dengan sedikit ilmu, banyak sebenarnya kerana sudah sekian lama tidak menelaah secara formal seperti zaman persekolahan dahulu. Alhamdulillah sedikit perkongsian hasil research saya di google, blog ini banyak membantu.klik sini
8/4/2013. Tarikh temuduga kelayakan program diploma darul quran di INTIM, Ipoh. Saat itu saya sendiri tidak pasti atas dasar apa saya pergi juga temuduga itu. Adakah kerana betul-betul diri ini istiqomah hendak menghafaz kalam suci itu atau ada niat lain? Hati berbolak balik saat itu. Rakan sekolah saya izzah dan nadiah dapat tarikh temuduga 9/4/2013 keesokan harinya. Terima kasih abah sebab sudi hantar walaupun hari kerja.
Alhamdulillah, ujian bertulis yang merangkumi 30 soalan bahasa arab, 30 soalan tajwib, dan 20 soalan psikologi selama 1 jam saya mampu jawab kerana saya berpeluang belajar pada saat akhir. Tetapi apabila sampai sahaja ujian hafazan saya agak gugup apabila dikhabarkan perlu menghafaz satu muka surat dalam masa 45 minit sahaja. Jika sebelum ini saya mampu menghafaz satu muka surat selama sekurang-kurangnya 1 jam, tetapi saya cuba juga mencabar diri saya. Hasilnya mungkin kurang memuaskan kerana saya tidak sempat menghabiskan satu ayat daripada satu muka surat surah an-nisa' yang agak mudah itu.
Tipulah jika saya cakap tidak rasa apa-apa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui gemuruh yang saya pendamkan. Memerhatikan dari kejauhan, kelihatan agak gembira, sudah saya semakin pasti ini mungkin rezekinya. Itukan yang diimpikan sejak dahulu, tetapi saya cuma hangat-hangat tahi ayam. Pelbagai persoalan yang timbul. Diri seakan sudah pasti tiada tempat disitu, tetapi dalam masa yang sama masih mengharapkan keajaiban.
25/4/2013. Tarikh dimana saya digemparkan dengan keputusan temuduga itu. Seperti sangkaan pertama, itu bukan rezeki saya. Keajaiban yang saya harapkan tidak hadir menyergah realiti. Tetapi terubat kesedihan dengan khabar darinya. "aku dapat DQ....".
Itu juga menjadi impian saya. Alhamdulillah, tahniah!
Senior di DQ hadir menanyakan keputusan, dan selepas mengetahui keputusannya adalah negatif, dia cuba memberikan seribu satu harapan yang membuatkan diri kembali mengharap.
"usaha taw. Allah bg bila kita usaha. in shaa Allah. tahun lepas ramai gak yg masuk atas tiket rayuan."
26/4/2013. Saya berusaha menaip bait-baik ayat, menjadikan ia surat rayuan rasmi yang akan saya kirimkan dengan satu harapan agar masih ada lagi peluang buat saya. Tetapi saat diri sudah sampai ke pejabat pos dan sudah membeli sampul pos ekspres, seribu satu persoalan hadir tanpa diduga.
"layakkah aku berada di Darul Quran"
'' benarkah cara aku, patutkah aku mengepos surat ini"
"atas dasar apakah sebenarnya aku membuat rayuan, kerana hendak mendisiplinkan diri menghafaz satu mushaf atau ....."
"benarkah niat aku ini, atau cuma sekadar permainan perasaan"
1001 satu persoalan itu yang menyedarkan saya hakikat sebenar mengapa saya tidak mengepos surat yang saya sendiri bertungkus lumus menyiapkannya dalam masa beberapa jam sahaja. Bukan saya tidak berikhtiar, sudah saya ikhtiarkan, pergi temudugu itu ikhtiar. Menulis surat rayuan itu juga ikhtiar bukan?
12/5/2013. Tarikh pendaftaran program diploma Darul Quran sesi 2013/2014. Ketahuilah, betapa gembiranya hati ini tatkala mendapat tahu ada yang layak. Ketahuilah, betapa hendaknya diri ini menyebarkan berita gembira ini kepada seluruh alam. Ketahuilah, diri ini sudah boleh bersyukur dengan segala aturanNya. Ketahuilah, diri ini tidak mahu dihimpit dengan berbagai-bagai persoalan yang mengarut. Ketahuilah, bukan kehendak hati hendak tersentuh kerana mengetahui kita bagai langit dengan bumi. Terlalu jauh berbeza.terlalu banyak mengarut.Maaf.
Saya berharap yang sudah officially berada di DQ, teruskan berjuang. Istiqomah tadabbur al-furqan. Anda adalah insan yang dipilih untuk menjadi penyambung wasilah para ulama' dan umara' mentadbir negara khususnya Malaysia satu hari nanti. InsyaAllah.
Walaupun bukan tempat saya disana bersama kalian semua, saya juga berdoa dan berharap masih ada peluang untuk saya terus berdisiplin dan berikhtiar menghafaz al-quran seperti kalian walaupun kita tidak berada di tempat yang sama.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun dari
mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.
والله اعلم
No comments:
Post a Comment