Husnuzon




سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم



Sebelum saya menitipkan lebih banyak perkataan mari kita sama-sama mengucap dua kalimah syahadah. Sesungguhnya itulah nikmat yang paling besar, dilahirkan dalam keadaan ISLAM. HIDUP dan MATI ku hanya untuk ISLAM.



Alhamdulillah kita masih terpelihara dalam keadaan Islam,ad-deen,the way of life....

Musim pilihanraya ni takut-takut lebih banyak melakukan suuzon dari husnuzon. 
Maka saya tergerak hati untuk memberi peringatan kepada hati agar istiqomah husnuzon.
InsyaAllah.

Apa itu husnuzon?
Husnuzon ni adalah berbaik sangka antonim bagi suuzon/berburuk sangka. 
Rasa jahat sangat bila hati ni terdetik perkara negatif terhadap orang lain.
Apabila kita syak wasangka buruk samalah juga kita memakan daging saudara kita yang telah mati. Nauzubillah. Moga dijauhi dari penyakit hati itu.

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.(Saidina Umar Al-Khattab r.a)
 “Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Husnuzon ni berkait rapat dengan hati, hati manusia ni sering bolak balik, sebab itu kita disarankan sentiasa bermotivasi, dengarlah tazkirah atau ceramah untuk santapan hati, kayakan dada dengan ilmu agama, sentiasa muhasabah diri, cari kekurangan diri supaya kita ingat, sentiasa ingat tujuan kita di muka bumi ni, perbaiki akhlak dan amalkan sunnah,
insyaAllah, mudah-mudahan dijauhkan dari suuzon.

Be positive. We're what we think we are. Kalau mindset kita positif, gerak langkah perbuatan kita juga akan turut positif. This is fact.

Menurut Syeikh Abdul Kadir Al - Jailani,


Apabila berjumpa seseorang katakanlah dalam hati bahawa kedudukannya disisi Allah pasti lebih tinggi dari aku, 

Apabila berjumpa budak katakanlah dalam hati budak ini kurang lagi maksiat kepada Allah,

Apabila berjumpa orang tua anggaplah bahawa mesti dia banyak beribadah daripada aku,

Apabila berjumpa seorang yang berilmu anggaplah bahawa dia sudah mencapai ke tahap yang jauh lebih mulia dari aku,

Apabila berjumpa seorang yang jahil anggaplah bahawa dia bermaksiat kerana jahil sedangkan diriku alim tapi masih lagi bermaksiat

dan Apabila berjumpa orang kafir , anggaplah bahawa dia akan masuk Islam 

dan tiada siapa tahu pengakhiran seseorang kecuali Allah 'azzawa jalla.






Dalam kita berhusnuzon kita jangan lupa tanggungjawab sebagai khalifah juga, melakukan amar ma'ruf dan mencegah nahi mungkar. Jangan bersikap husnuzon terhadap kemungkaran yang berlaku.

Jangan pula kita menyalahkan mereka 100%. Jangan menghukum mereka dan jangan terlalu cepat menilai. Kita bukan Sang Pencipta yang layak menghukum. Letaklah sesuatu pada yang hak.

Apabila ternampak rakan kita berduaan dengan lelaki ajnabi, jangan membiarkan sahaja kemungkaran berlaku dek terlampau berhusnuzon, nasihatlah dia supaya tersedar dari yang mungkar.

Apabila ternampak pak cik sebelah rumah membeli nombor ekor, tegurlah dia dengan lembut dan berhikmah.Jangan berhusnuzon dengan mengatakan itukan sumber pendapatan rezeki keluarganya.haram!!!


Apabila nampak mad'u tidak sempurna menutup aurat, didiklah dia berpakaian sempurna dan berdoalah supaya hatinya terbuka untuk berubah kearah kebaikan.

Kita harus bersikap husnuzon, bukan sekadar sesama Islam sahaja. Tetapi jangan pula husnuzon diatas perbuatan kemungkaran.

Sebelum kita berhusnuzon dengan sekeliling kita, tanya diri kita. Sudahkah kita bersikap husnuzon dengan diri sendiri? Husnuzon dengan Allah?

"Aku tak layak lah nak tegur orang buat salah, diri aku bukannya baik sangat pon"

"Kenapa Allah uji aku dengan musibah yang bertali arus, aku tak mampu nak tanggung semua ni lagi"

bla....bla.....bla.....

Yakinlah dengan apa yang sudah tersurat buat kita, jangan berputus harap dari pertolongan Allah. Jangan lari jauh dari keyakinan diri sendiri. Jangan hanya menilai seseorang melalui kesalahannya.Jangan biarkan nahi mungkar terus bermaharajalela. 
Husnuzonlah kita. Ayuh!!!


والله اعلم



No comments:

Post a Comment