SPM already past



سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم



SPM 2012 sudah menutup tirai. Paper last saya Alquran dan Sunnah (PQS) pada 5 Disember. Genap sebulan SPM berlansung. Mula 5 Nov akhir 5 Dis. Syukur alhamdulillah selamat menjawab semua paper dengan baik walaupun mungkin ada cacat cela diman-mana, Allah bagi kekuatan walaupun ada sesetengah paper dijawab dalam keadaan not feeling well. Alhamdulillah, masih mampu bergerak ke dewan periksa. Bersangka baiklah dengan Allah kalau kita mula rasa kehadiran negatives symptoms dalam fikiran kita.


Bila tamat sahaja SPM, kaki sudah pakat bersorak dengan hati hendak pulang ke rumah. Tetapi apabila sudah berada di rumah, perasaan rindu dekat hostel, sekolah, kawan-kawan, cikgu-cikgu, mak cik DM bertandang. Seperti mengasut supaya kembali ke zaman itu. Rindunya hendak kalut-kalut study last minutes dengan kawan-kawan. Kuatnya kemanisan ukhwah antara kita.






raut wajah kegembiraan hari terakhir SPM


Dari sebelum SPM lagi, semua sudah kalut membuat perancangan. Lepas SPM hendak buat apa. Hendak sambung mana. Macam-macam yang dirancang. Ada yang sudah mula kerja sekarang, ada yang dalam usaha mencari kerja, ada yang ambil lesen kereta. Tidak kurang hebatnya juga kita-kita yang menanam anggur di rumah.(kita geng)


Saya sendiri punya perancangan. Perancangan itu sangat perlu. Seperti anda-anda yang lain. Perancangan biarlah hebat, superb, terbaik, rasional, tapi jangan lupa kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang dan perancanganNya adalah yang terbaik.
Perancangan manusia adalah usaha. Perancangan Allah adalah takdir.



وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


" Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya) "


Nak buat apa ye cuti ni? Mestilah kene isi masa dengan sesuatu yang berfaedah.Sudah lama sebenarnya berazam hendak jadi guru KAFA lepas SPM. Walaupun hanya ada sikit ilmu didada, tapi seronok rasanya kalau ilmu yang sikit ini dikongsi dengan budak-budak yg comey. Tetapi saya hanya mampu merancang dan berikhtiar. 


Cerita dia bermula semalam.Nak pergi hantar buku teks dekat sekolah.On the way nak pergi sekolah  ajak mak singgah sekolah agama saya yang dulu untuk memohon.Sampai2 sahaja, tak nampak pun ustaz Roziman( guru besar) melainkan ustazah-ustazah yang saya tidak kenali. Ustazah baru mungkin. Sudah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke sekolah itu segalanya telah berubah..Saya memberanikan diri bertanya ustazah itu."Assalamualaikum ustazah,tumpang tanya ustaz Amar Roziman ada?""Ooo Ustaz Roziman sudah tak jadi guru besar dekat sini.Kenapa ye?" Lupa pula zaman itu sudah lama berlalu. Saya pun terangkanlah hajat saya walaupun muka dah panas sampai takat didih dah masa tu.(cuak). Ustazah menbalas "Oooo kalau awak nak memohon kene pergi pejabat agama. Sekarang prosedur ketat sikit tak macam tahun-tahun sebelum ni.Kalau ikutkan tahun lepas ada jugak budak lepasan SPM yang memohon mcam awak,tapi bezanya dia terus kepada guru besar awak perlu pergi memohon di Pejabat Agama."peka ja telinga ini menangkap sepatah-sepatah ayat ustazah tu. Tak tau pulak namanya. "okla kalau macamtu. Terima kasih ya ustazah. Saya minta diri dulu assalamualaikum.". 'wa'alaikumussalam." Saya pun menyusun langkah ke kereta dengan harapan yang harapan masih ada lagi buat saya.


Sesampainya saya di Pejabat Agama, Taiping setelah menghantar buku teksa di sekolah,
"Hah dah sampai pergilah masuk." Mak suruh saya masuk sendiri pejabat agama yang tak pernah saya jejakkan kaki itu."Mak temanlah.takotlah." "Dulu lepas SPM mak sorang-sorang ja pergi mohon jadi guru sambilan. Jomlah cepat" Masuk sahaja pejabat agama itu, sudah nampak sekeping kertas tulis PERMOHONAN MENJADI GURU KAFA.Beserta dengan syarat2nya sekali.Syarat pertama umur 18 tahun dan keatas. Bila tengok  dah tahu tak ada harapan dan mungkin bukan rezeki. Rasa macam nak balik ja tapi tetiba encik tu datang kearah kami. bla...bla....bla......tanya punya tanya....akhirnya dia kata tak apa dah cukup 18 tahun nanti masih ada peluang. Tak apala saya terima andai itu takdirnya.

"Nak buat apa lepas ni."soal mak. Saya diam sahaja. Angguk  tak geleng pun tak."Tak apa nanti ambik lesen kereta,belajar memasak,menjahit,komputer.........." Dasyatnya mak menyusun jadual cuti anaknya.Macam-macam yang mak cadang. Dalam fikiran time ni nak buat apa-apa pun tak pa la lepas ni. Perlukan perancangan yang lebih rapi dan mampu diterima logik akal serta patuh kepada norma masyarakat.(ada kene mengena ka)

Moral of the story, jangan terlampau mengharapkan sesuatu yang kita tidak tahu ia baik ataupun tidak buat kita.Memangla benda yang saya hendak ini nampak baik,tetapi mungkin saya sendiri tidak baik untuk lakukan yang terbaik itu buat masa ini. Saya yakin masanya akan tiba dengan ketentuan Allah.

Kepada rakan-rakan dan SPM candidate yang telah mencapai apa yang dirancang tahniah dan semoga memberi dan mendapat kebaikan untuk Islam juga.
Kepada yang masih berusaha dan diri penulis sendiri,
Jangan pernah berhenti membuat perancangan yang terbaik untuk hidup anda.


والله اعلم