سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Pada suatu waktu rehat,
Zaim : Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya ni?
Ustaz: Wa'alaikumussalam. Oh kamu Zaim, awat yang lari macam nampak hantu ni. Kan dah termengah-mengah. Bertenang.Tarik nafas. Hembus.(zaim menuruti). Kamu nak tanya apa?
Zaim : Mahunya saya tak kalut ustaz, waktu rehat dah nak habis, lepas ni kelas fizik(wajib punctual),saya takut saya lupa nak tanya, dah sebulan saya pekasamkan soalan ni.
Ustaz: Dasyatnya kamu ni. Hah, apa soalannya, tanyalah ustaz. Hehehe(gelak sporting)
Zaim : Saya nak tahu, salahke makan dan minum sambil berdiri. Ye la, waktu rehat dah la 20 minit je, kene masok kelas tepat pada masa, tapi kami dilepaskan rehat lambat. Kadang-kadang tu rehat tinggal 10 minit je, nak jalan ke kantin, koop dah 5 minit, mana sempat ustaz. Nak makan dalam kelas tak boleh.
Ustaz: Amboi besarnya masalah kamu, panjang menjelar. Ni nak tanya soalan ke nak mai mengadu kat saya. Haha. Siap protes tak boleh makan dalam kelas. Tapi bukan kamu yang kantoi makan dalam kelas saya semalam.hehe
Zaim : -,-'(mati akal). Sekali sekala ustaz.
Ustaz: Ye la kamu. Nasib saya tak strict sangat.haha. Ok la, jawapan kepada soalan kamu tadi. Minum sambil berdiri hukumnya makruh, tidak haram.
Zaim : Oh. Tapi bukankah dalam Sahih Muslim Nabi melarangnya?
Ustaz: Ya benar. Akan tetapi, dalam Sahih al-Bukhari, dan selainnya ada hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Nabi melakukannya. Maka hadis-hadis larangan menunjukkan hukum makruh tanzih, dan hadis-hadis perbuatan nabi menunjukkan tidak haram.
Zaim : Oh begitu. Makruh tanzih tu apa ustaz? hehe
Ustaz: Dalam bahasa mudahnya kita kata mutlak. Kemutlakan yang tidak terhad dan tidak terbatas. Antonim bagi tasybih. Faham?
Zaim : Oh macam tu.Faham.Saya faham. Apa pula hukum kalau kita makan berdiri? Sama seperti hukum minum tadi ke ustaz?
Ustaz: Hukum makan dan minum berbeza. Makan sambil berdiri, jika ada hajat, hukumnya harus. Seperti kamu yang tergesa-gesa hendak sambung pembelajaran, maka diharuskan. Takut kalau duduk, akan memakan masa yang lama.
Zaim : Macamana pulak kalau saya tak ada hajat apa-apa? Boleh makan berdiri?
Ustaz: Dah kamu tak ada hajat apa-apa, kamu duduk je la makan diam-diam. haha. Kalau tak ada hajat, hukumnya khilaf afdal(menyalahi yang lebih utama).
Zaim : Apa maksudnya ustaz? Makruh ke?
Ustaz: Tidak boleh dikatakan makruh dalam soal ini sebab sabit dalam riwayat Ibn Umar bahawa mereka(para sahabat nabi) pernah melakukannya. Ini lebih utama dibandingkan riwayat Sahih Muslim daripada Anas yang memakruhkannya.
Zaim : Oh begitu. Terjawab pun soalan yang saya perap sebulan ni ustaz. Terima kasih banyak ustaz sebab sudi luangkan masa. Alhamdulillah,bertambah ilmu saya hari ni.
kring.....kring....kring....
Ustaz, saya minta diri dulu. Waktu rehat pun dah habis ni. Jumpa esok. Hari ni tak ada kelas arab, esok pagi-pagi ada kelas ustaz. Syukran jazilan sekali lagi ustaz.
Ustaz: Afwan. Tak jadi masalah la nak layan kamu ni. Syukran jugak ingatkan saya kelas esok. Tak sabar nak tengok tadribat(latihan) yang saya bagi tu. Tak siap duduk dekat koridor ye.
Zaim :-,-'(terkene lagi). Baik la ustaz. Saya minta diri dulu. Ma'as salamah wa ilal liqo'. Assalamu'alaikum.
Ustaz: InsyaAllah. Wa'alaikumussalam.
sumber : MAJALAH AL-USTAZ ISU NO 11 MS 13

![]() |
SEMOLEKNYA MAKAN DAN MINUM DUDUK......... BUKANKAH LAGI SIHAT DAN BERADAB SOPAN? |
والله اعلم