سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Yeah mari kita semangat untuk belajar!!!
study.......study.......study.......
jangan lupa baca doa belajar,minta dipermudahkan menerima ilmu baru.kuatkan hafalan.Moga ilmu yang kita pelajari diredhai Allah.Berguna untuk diri dan ummah.InsyaAllah.
a few minutes or hour later,,,
relex....relex....relex....
Pernah tak terjadi begini kepada anda semasa dalam proses belajar.Dah stess macam-macam anda akan buat.Baik positif mahupun negatif.

"Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi, sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya,Yang Terpuji."
( Luqman : 20)
Jika yang sudah fedup hendak menelaah dan tidak dapat berfikiran rasional, selalunya akan tidur, makan, kacau dan menggangu orang lain.
"Haaaah!!! tensionnya aku belajar tiap-tiap hari,tapi tak pernah pon berjaya,fedup!!!"
HA!!! Pernah tidak kita menghambar keluarkan ayat-ayat seperti orang putus harapan. Kenapa berputus harap dari rahmatNya.Allahkan ada.Mengadulah kepadaNya.
Selalunya kita hanya bersyukur apabila diberi nikmat, pernah kita ucap tahmid,bersyukur apabila kita di uji? Kita tak redhakah dengan ketentuan Allah. Bersyukurlah apabila diuji,kerana kita tahu Allah masih ingatkan kita, Allah masih sayangkan kita, hambanya yang hina, setiap hari bergelumang dengan dosa maksiat. Sudah bertaubat masih lagi lakukan khilaf, tetapi Allah Maha Penerima Taubat.Pintu taubatNya sentiasa terbuka untuk kita.
"Tapi aku penatlah,aku stay up sampai pukul 2-3 pagi,yang dia tu aku tengok study pon tak,tuptup best student. Kau tak rasa tercabarkah?"
Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu
Allah dah berfirman
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untukmu
(Al-Baqoroh: 216)
Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
( An-Nisa' : 19)
Mungkin usaha kita sudah mantap,tapi mungkin kita kurang doa.
Mungkin kita sudah usaha,doa,tapi mungkin kita kurang amal jariah.
Mungkin kita sudah cukup usaha,doa,amal jariah,sedekah tidak putus, mungkin niat kita salah.Betulkah niat kita belajar kerana Allah,atau semata-mata kerana peperiksaan.
Mungkin kita sudah buat semua yang tersenarai di atas, mungkin kita mencampur adukkan halal dan haram.Ikhtilat tidak jaga, solat tidak on time.
Muhasabahkan diri kita. Renunglah sedalam-dalamnya diri kita. Sudahkah kita betul-betul amanah dalam tanggungjawab yang dipikul.
Bermuhajadahla....
Bermuhasabahlah.....
Beriktikaflah.......
Bangunlah sepertiga malam......
Mengadulah kepadanya........
Itulah waktu yang terbaik untuk beribadah............
Itulah waktu dimana al-'abd dekat dengan al-Rab.........
Lihat juga kebelakang mencari kekuatan untuk kita terus maju ke hadapan.......
"Ketika Allah rindu pada hambaNya,Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadith qudsi Allah berfirman, pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
Bermuhasabahlah.....
Beriktikaflah.......
Bangunlah sepertiga malam......
Mengadulah kepadanya........
Itulah waktu yang terbaik untuk beribadah............
Itulah waktu dimana al-'abd dekat dengan al-Rab.........
Lihat juga kebelakang mencari kekuatan untuk kita terus maju ke hadapan.......
"Ketika Allah rindu pada hambaNya,Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadith qudsi Allah berfirman, pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
( HR Thabrani dari Abu Umamah )
Seperti saya........
Hari ini hari terakhir saya menghadiri program permata berlian. Permata berlian adalah target pihak sekolah terhadap calon-calon straight As dalam PMR tahun ini. Sesungguhnya itu adalah harapan pihak sekolah yang sungguh tinggi bagi saya yang cuma pelajar biasa.
Saya amat sedar bahawa selama ini saya berjanji..... Janji yang kadang kala saya lupa... Haih...saya memang cepat lupa. Tapi hari ini saya nak berjanji betul-betul ....saya akan berusaha dengan sepenuh hati.Saya akan kuatkan iman untuk saya belajar dan belajar....Main sikit-sikit.....Saya tak mahu lagi bertawakal je tapi tak berusaha gigih... Saya mahu tinggalkan sesuatu yang boleh banggakan ibu bapa saya,guru-guru saya dan yang paling penting sekolah saya!
Sekolah yang melahirkan ramai insan yang berjaya termasuklah saya......... InsyaAllah.....
22 JUN adalah tarikh terpenting kerana peperiksaan kelas kemahiran Al-Quran(KKQ) berlansung seluruh negeri di Malaysia. Saya doakan peperiksaan akan berjalan lancar kepada calon-calon semua.
Setelah berusaha dan berikhtiar habis-habisan sehingga kededetik saat terakhir,berdoa dan bertawakallah kepada Allah Serahkanlah segala ketentuan qada' dan qadar kepada Allah dengan sebenar-benarnya agar apabila apa yang kita peroleh kelak tidak seperti apa yang kita harapkan, hati kita tidak terlalu sakit. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha.
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi
MANAKALA
Orang yang gagal mengganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya
والله اعلم
No comments:
Post a Comment