سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Waktu pertama kali bertemu kita lihat kawan-kawan kita tidak lebih seperti orang asing.
Tetapi dalam tempoh 5/2 tahun lamanya kita di smkdb, orang-orang asing itulah yang sudi melakar kenangan manis, pahit, tawar dan masam bersama kita. Walaupun bercampur-baur rasanya, tetapi diakhirnya kita dipertemukan dengan manisnya ukhwah.
Betulkah manis???
Tersangat manis kerana
hati terasa sayu apabila kita semua ditakdirkan berpisah kerana ilmu,
jiwa terasa damai apabila meluangkan masa seharian bersama,
kolam kornea laju mengalir sendirian di kamar,
genggaman tangan sukar tuk dileraikan,
Tetapi itulah hakikat hidup, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Sabarlah duhai hati.
Awak-awak semua,
Walaupun tatapan mata ke mata kita sudah terputus,
tetapi jangan pernah putuskan doa sesama kita,
sebab itulah bekalan kita bersama.
Berdoalah agar ukhwah kita berkekalan dunia akhirat dengan takdir Ilahi.
InsyaAllah.
Jangan pernah padamkan memori kita di smdb,
seronoknya kita belajar sama-sama, pergi kantin sama-sama, makan dalam kelas sama-sama,tawaf sekolah sama, penat sama-sama, main sama-sama, pergi kelas sama-sama, berbincang sama-sama, gosip sama-sama. Jangan pernah lupa tau....
Saya akan sentiasa doakan kalian, InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,
Bertebaranlah kalian mencari ilmu,
Walaupun formalnya ilmu fardu kifayah yang dipelajari, jangan lupa yang fardu ain juga walaupun tidak formal pembelajarannya.
Kutiplah sebanyak mungkin ilmu duhai kawan-kawan sayang.
Video ini ditujukan khas buat classmate walaupun tidak semua orang ada di dalam gambar tetapi, semua orang ada di dalam hati. InsyaAllah
Moment ini hari terakhir kami semua melawat sekolah sebelum semua berangkat ke alam universiti, matrik dan kolej masing-masing.
Jika ditakdirkan Allah kita berjumpa lagi, semoga kita masih berpeluang jumpa di dunia sebelum kita sama-sama melangkah ke syurgaNya. InsyaAllah.
Ilalliqo' ma'assalamah semua.^^