سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Alhamdulillah saya masih bernafas dan mampu menulis,
Alhamdulillah anda masih bernafas dan mampu membaca.
Sebelum kita go ahead the tittle above, lets us selawat together....
اللهم صل على محمد
اللهم صل على محمد
اللهم صل على محمد
Kalau sebelum ini saya hanya membaca dan ignore the political issue but nowaday saya tergerak untuk ambil tahu serba sedikit tentang politik.
Apa itu Politik?
Malaysia mengamalkan sistem politik berbilang parti sejak pilihanraya pertama pada 1955. Parti politik utama sejak pasca kemerdekaan negara adalah UMNO tetapi telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar dikenali sebagai Barisan Nasional. Dari parti Barisan Nasional terwujudlah 3 komponennya iaitu UMNO,MCA dan MIC.
Terdapat juga parti yang dikenali sebagai "Pakatan Pembangkang" iaitu PAS(parti islam se-malaya), PKR(parti keadilan rakyat) dan DAP(parti tindakan demokratik) yang telah membentuk perikatan PAKATAN RAKYAT.
INI KALILAH UBAH PAKATAN PEMBANGKANG.
5.5.2013 ------> PRU 13
Debaran makin terasakan bagi yang akan keluar mengundi esok.
Saya yang tidak mengundi esok juga turut merasai debarannya.Kenapa ya?
Sejak saya berjinak-jinak mengambil tahu tentang PRU mungkin.
Mana tidaknya, keluar sahaja rumah sudah nampak pacakan-pacakan bendera.
Tidak kurang hebatnya markas-markas parti yang berceramah tiap-tiap malam.
Buka saja FB, terlalu banyak post tentang PRU.
Flashmob anak-anak muda merata alam.
Youtube juga tidak kurang hebatnya.
SMS2 PRU pun masih segar dalam inbox hp.
Kuat sungguh tarikan magnetnya sehingga saya juga turut tertarik.
Jika dulu saya hanya mengerti pilihanraya= mengundi.
Tetapi kini pilihanraya= medan menentukan sebuah perubahan.
Jika dahulu saya fikir, pangkah sahaja.Itukan perkara mudah mengapa nak kusut memikirkan.
Tetapi kini saya mengerti, betapa sukarnya untuk memangkah jika tiada ilmu.
Rakyatlah yang menetukan pemimpin negara,
Rakyatlah yang menentukan keamanan negara,
Rakyatlah yang menentukan masa depan negara,
Rakyatlah yang mempunyai hak untuk mengubah segalanya,
Sedarlah,fikirlah, renungkanlah, lakukanlah.
Kuasa ditangan kita, kita yang memilih bagaimana corak dan rentak negara kita.
Adakah kita sanggup hidup dalam negara yang hanya 'islam sebagai agama rasmi' pada perlembagaannya sahaja?
Adakah kita sanggup hidup dibawah kepimpinan yang megah dengan korupsi dan rasuahnya?
Adakah kita sanggup hidup dibawah kepimpinan yang megah dengan fitnah dan penipuannya?
Adakah kita sanggup hidup dibawah kepimpinan yang hanya memberi kebahagiaan duniawi semata-mata?
Ubahlah!
Ubahlah!
Ubahlah!
"Apabila berlaku keatas seorang pemimpin tanda-tanda kekufuran, perbuatan mengubah syariat ataupun amalan bid'ah, wajiblah dilucutkan kepimpinannya dan gugurlah ketaatan rakyat kepadanya. Ketika itu beliau hendaklah digantikan dengan seorang yang adil"
Fatwa ini dilaporkan dalam sohih muslim bi syarhi An-Nawawi
( Al Matba'ah Al Fikriyah : juz 12, 1924 )
Pilihanraya bukan sekadar pengundian,
Tetapi ia juga melibatkan penonjolan cara hidup islam,
Ia juga melibatkan akhirat kita,
Kita akan disoal kelak,
Pemimpin yang bagaimanakah kita pilih dahulu,
Adakah pemimpin yang 'alim atau yang jahil,
Adakah pemimpin yang menekankan duniawi dan ukhrawi atau duniawi semata-mata.
Pilihan ditangan anda yang sudah layak mengundi,
Ingatlah ini adalah satu AMANAH.
Pikullah ia dengan TULUS dan TELUS.
Jangan kita butakan mata kita dengan tipu daya kekayaan dunia yang kontemporari,
Jangan kita tulikan telinga kita dengan janji-janji yang sering dicapatikan,
Jangan kita matikan hati kita dengan ketaksuban kepada sesebuah parti,
Jangan biarkan warga asing yang diberi IC secara percuma yang menetukan masa depan negara kita.
Sedarlah, fikirlah, renungkanlah, lakukanlah.
Kepada anda-anda yang masih belum diberi kelayakan mengundi, termasuklah diri saya,
Jom pakat-pakat kita gunakan senjata kita,
Jom kita sama-sama berdoa sepenuh hati,
Ini kalilah untuk ubah segalanya.
Ini kalilah untuk tegakkan agama Islam.
Ini kalilah untuk wujudkan biah Islam.
INI KALILAH
Jangan hanya mampu menuturkan kecintaan kepada ISLAM,
Buktikanlah jua dengan ikhtiar kita,
Tunjukkanlah yang kita benar-benar sayangkan ISLAM,
Serlahkanlah rindu kita untuk melihat zaman kegemilangan ISLAM,
Andai rasulullah masih hidup, pasti baginda gembira melihat biah ISLAM masih wujud.
“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.
( Al-Hajj : 40-41)
SELAMAT MENGUNDI.
Semoga kemenangan berpihak kepada yang benar.
والله اعلم
No comments:
Post a Comment