سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Tanggal 15 Mei setiap tahun kita akan diperingatkan dengan peristiwa nakbah di Palestin. Di mana sejarah hitam yang dilakarkan pada tanggal 15 Mei 1948 itu telah menyedarkan kita kesengsaraan hidup saudara seislam kita di sana.
Tanggal 15 Mei 1948, secara rasmi penubuhan dan pendudukan kerajaan haram rejim zionis di atas bumi Palestin yang turut 'didalangi' oleh Britain dan PBB. Tarikh ini menjadi titik hitam buat seluruh penduduk Palestin serta umat Islam seantero dunia apabila hak kita dicabuli.
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا
“Wahai bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang-Ku berikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).”بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
(Surah
al-Baqarah, ayat 40)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah tercetusnya nakbahbaca malapetaka atau bencana besar, sila rujuk sini.
Dalam satu
kisah sahabat, pada suatu hari Abu Ubaidah al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah
SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari
kiamat?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang membunuh nabi atau orang yang
melaksanakan amar makruf nahi mungkar.”
Kemudian
Baginda membaca ayat al-Quran daripada surah al-Imran ayat 21:
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيم٢١
“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar
ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan tidak benar, serta
membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita
kepada mereka dengan azab pedih.”
.
Baginda
meneruskan sabdanya: “Wahai Abu Ubaidah, ketahuilah bahawa bani Israel sudah
membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang
Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan yang menyeru kepada makruf
dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka membunuhnya pada sebelah
petang.”
(Riwayat Abu Hatim dan Ibn Jarir).
Sejarah Islam harus diterokai. Banyak kisah sejarah perjuangan Islam yang mampu menaikkan semangat jihad kita. Hidup kita tidak terlepas dari sejarah, maka kenanglah sejarah dan manusia-manusia hebat dalam sejarah hidup kita.
Bak kata Hilal Asyraf, jangan hanya mengekspresi keprihatinan kita hanya dengan menge'like' atau menge'share' post di fb. Tetapi lakukanlah sesuatu mengikut talent atau bakat yang ada pada diri kita. Sebagai contoh membuat video kepada siapa yang lantang bersuara. Menulis bagi siapa yang mata penanya tajam atau keyboardnya masih berguna. Melukis potret atau komik. Boleh juga diekspresikan perasaan empati dan prihatin melalui pantun,sajak,puisi mahupun lagu. Semua itu terpulang kepada kerajinan kita.
Jangan hanya mengharapkan orang lain yang mengwara-warakan,dan kita hanya tumpang sedih. Apakah usaha kita membantu saudara Islam kita di sana? Ingat, walaupun sekecil zarah bantuan kita, tetapi sungguh besar kepada mereka yang memerlukan. Allah usha usaha bukan kejayaan.
Alhamdulillah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif Berhad di Malaysia kita dapat menghulurkan bantuan berbentuk fizikal kepada saudara Islam kita di sana. Baik bantuan berupa wang, makanan mahupun pakaian.Semua itu akan disalaurkan ke Bumi Palestin melalui Aqsa Syarif.
Tetapi dalam kita melalui kehidupan di bumi Malaysia yang aman ini, jangan lupa menadah tangan berdoa supaya Allah memberi mereka di sana juga kegembiraan. Bersyukurlah dengan rezeki yang kita dapat, kurangkanlah mengeluh jika ditimpa musibah. Lihatlah nasib orang yang dibawah kita supaya kita sedar hakikat seorang hamba. Siapalah kita tanpa pertolongan dari Allah.
Berdoalah kepada Allah agar suatu hari nanti akan ada pemuda sehebat Salahuddin Al-Ayubbi. Berjuang menegakkan Islam bukan kepalang. Bermati-matian merebut kembali jurussalem walaupun nyawa menjadi taruhan.
Mungkin mustahil untuk mendapatkan kembali bumi palestin, baitulmuqaddis, masjid al-aqsa jika umat Islam tidak bersatu padu malah saling bertelagah. Tetapi tiada apa yang mustahil dengan kehendak Allah jika Dia berkehendakkan satu hari nanti Islam akan menang. Maka, bersatulah kita menegakkan hak yang sudah sekian lama dipercaturkan.
والله اعلم
No comments:
Post a Comment