سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِم
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah
Allahuakbar, Allah Maha Besar
Tolong berzikir dahulu sebelum scroll sampai bawah...
Alhamdulillah. Saja hendak ajak buat pahala sikit. Takut-takut entri kali ini beremosi sedikit. Mood dari kedai makan terbawa pulang sekali.
Baru pulang dari menemani emak pergi mengurut. Sebelum pulang singgah sebentar di kedai makan berhampiran kerana sahaja hendak cuba masakan tom yam kedai. Sambil menunggu menu yang dipesan siap dimasak, menunggu di sebuah meja yang paling hujung dan jauh dari televisyen.
Almaklumlah penulis tiada astro di rumah. Tapi aku nak bagitau, kalau itulah yang ditonton oleh orang yang ada astro, baik tidak payah langgan, buat tambah dosa sahaja habaq hang. Channel yang tidak ada astro pon sudah banyak cerita-cerita yang boleh membuatkan aku muntah hijau, inikan pula kalau aku berastro. Pakat aku buat digestive system ikut mulut ja satgi.
Kebegangan aku mendadak naik apabila aku disajikan dengan bau-bau 'harum' dari sekeliling. Tua, muda, atuk, pak cik, abang, yang sebaya, adik yang laki-laki di kedai itu majoriti membuat serangan asap dari mulut mereka terhadap aku. Kenapa tidak disedut asap-asapnya sekali, mengapa perlu dilepaskan kepada kami disekeliling. Kami tidak salah. Kami tidak mahu mati kerana menyedut 'najis' dari hangpa.
Astaghfirullahal 'Aziim. Astaghfirullahal 'Aziim. Astaghfirullahal 'Aziim.
Maaf kerana sudah mengurangkan pahala kalian dengan terbaca dua peranggan di atas ini. Tapi sekarang saya hendak mengulas lebih tentang program realiti televisyen yang 'superb' itu. Perihal masalah rokok itu akan saya ulas dilain entri. InsyaAllah.
Saya sebenarnya terkejut dan seakan-akan tidak percaya melihat program yang turut menggalakkan warga emas menjadi seakan-akan orang muda. Bukanlah maksudnya disini saya redha dan mengatakan hiburan itu cuma untuk orang muda yang belia remaja.
Tetapi mata ini sudah tidak terkejut jika disajikan dengan program realiti tv yang melibatkan orang-orang muda. Di Malaysia, perkara itu telah sebati dan menjadi satu kebiasaan. Yang haram dijadikan kebanggaan. Dimanakah letaknya syariat islamiah? Tepuk dada tanya iman.
Di suatu masa dahulu pernah dikejutkan dengan program realiti tv yang melibatkan kanak-kanak. Siapa tidak terkejut jika program Idola Kecil yang kononnya mengasah bakat anak-anak sejak kecil dihidangkan.Mungkin ada segelintir yang tidak terkena kejutan itu. Tetapi siapakah yang harus dipersalahkan. Adakah perlu menunding jari kepada ibu bapa yang memberi galakan? Atau ustaz ustazah di sekolah yang tidak menekankan soal halal haram? Atau sokongan padu dari para penonton?Atau kanak-kanak itu yang tidak salah memilih jalan?
Tetapi di suatu masa kini, kita turut disajikan dengan kegelincahan para ibu dan mungkin juga nenek di atas pentas. Mengapa semua ini turut terjadi. Siapa yang akan menjadi contoh generasi muda? Siapa pula yang patut dipersalahkan dalam soal ini. Adakah perlu menyalahkan anak-anak yang mungkin tidak memberi nafkah sehingga si ibu perlu bekerja seperti itu? Dayuskah si suami yang menggalakkan isterinya mempamerkan aksi-aksi mengancam di atas pentas kepada seluruh penonton?
Tidak perlu rasanya saya mengulas satu demi satu. Kita sendiri sudah mukallaf, mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Saya juga penonton televisyen seperti anda. Mungkin tidak terlepas dari dosa melihat aurat artis-artis lelaki atau 'mempasrahi' pameran pendedahan aurat artis perempuan. Tetapi itu yang disajikan. Sedikit atau banyak itulah yang menjadi rutin harian. Televisyen adalah media massa yang paling mendapat sambutan berbanding radio, surat khabar, majalah, ensiklopedia, internet, etc.
Saya mengesyorkan supaya kurangkanlah menonton program rancangan realiti tv yang berbentuk nyayian yang melalaikan. Apa salahnya menukar rentak dengan menghidangkan gegendang telinga dengan alunan nasyid dari Maher Zain, Far East, UNIC, etc. Atau mungkin alunan kalamullah bacaan merdu dan menyayat hati syeikh Misyari Al-Afasi misalnya.
Elakkanlah tertarik untuk mendekatkan diri dengan konsert hiburan secara live. Lebih banyak kemungkaran yang akan berlaku. Nauzubillah. Mungkin boleh ditukarkan rentak dengan pergi ke pesta buku antarabangsa dan berjumpa dengan penulis-penulis secara live. Itukan lebih untung dan banyak manfaatnya mencedok ilmu dari yang 'alim.
Jika terasa dokumentari adalah suatu yang membosankan, tontonlah drama ataupun filem yang terselit nilai dan pengajaran. Tidak dinafikan selain drama atau filem melayu, majoriti tertarik dengan cerita korea, jepun, thailand, etc. Ambil yang jernih dan jadikan yang keruh sebagai ikhtibar dan landasan menuju kepada yang jernih.
Niat tidak menghalalkan cara. Jika niat baik tetapi tidak selaras dengan syariat islam, usaha itu seperti tiada maknanya. Kepada kita penonton-penonton setia televisyen atau youtube sekalipun, pilihlah rancangan yang betul dan terselit natijahnya.
Dimensi dakwah global dalam konteks realiti hari ini perlu diperluaskan skop dan aspeknya ke arah menterjemahkan Islam secara lebih konsisten, lebih-lebih lagi ketika dunia kini sedang berhadapan dengan segala macam cabaran, konflik serta halangan yang sentiasa berubah, kompleks dan di luar jangkaan.
Untuk itu, Islam perlu diperjelas dan diperkasakan lagi melalui perspektif dakwah yang dilaksanakan secara konstruktif dan mampu mencetuskan inovasi serta idea baru melalui model TV Islam sebagai contoh.
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang
bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
(Az-Zumar:10)
والله اعلم
waa! superb laa weiyh entri unk kali nie..tapi,aku pon tader astro cm unk..hee~
ReplyDelete